Thursday, April 9, 2009

TIP MEMIKAT WANITA

1. Jadilah diri sendiri

You have to be yourself,ngat, diri kita ni speacial dan unik,cuba kenali kekuatan diri dan mesti yakin pada diri sendiri,kalau lelaki tu lembik dan tak boleh harap, pompuan mana nak terpikat,pendek cerita,kita kena jadi lelaki yang sentiasa cool & macho gitu.

2. Kena jaga kebersihan diri

  • gigi kena gosok selalu…
  • kuku kena potong kasi pendek…
  • pakaian jangan serabai…
  • jangan merokok

3. Kenalah senyum selalu

Senyum la dengan ikhlas,orang yang tak hensem pun,kalau selalu senyum,muka jadi manis,orang suka tengok,banyak kebaikannyakalau kita suka senyum ni, jd, senyumlah selalu.

4. Jangan desprate sangat

Sungguhpun kita suka giler kat seseorang pompuan tu,jangan la tunjuk kita ni desperate sangat,kontrol la sikit perasaan,kita kan lelaki,angan paksa pompuan tu terima kita,yang penting, bagi pompuan tu rasa selesadan ‘tak lemas’ bila bersama kita,baru la dia rasa seronok dan nak rapat dengan kita.

Wednesday, April 8, 2009

Rahsia disebalik Kelahiran dan Pasangan Ideal


Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
`
Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
`
Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.
`
Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
`
Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
`
Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.
`
Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no..2.
`
Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
`
Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

10 Perkataan Lazim Kaum Hawa

FINE

Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.
`
LIMA MINIT


Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.
`
TAKDE APA-APA


Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.
`
PERGILAH!
(dengan kening terangkat)

Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan ‘FINE’. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.
`
MENGELUH YANG KUAT


Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.
`
MENGELUH YANG PERLAHAN


Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.
`
OKAY LAH


Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki.
`
‘OKAY LAH’


bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘OKAY LAH’ selalunya digunakan dengan ‘FINE’ bersama ‘Kening Yang Terangkat’.
`
BUAT LAH


Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.
`
TOLONGLAH


Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’.
`
TERIMA KASIH


Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.
`
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK


Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’.

76 TIPS MEMENANGI HATI WANITA


1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
`
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
`
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
`
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
`
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
`
6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
`
7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.
`
8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
`
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
`
10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
`
11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
`
12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
`
13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
`
14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
`
15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
`
16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
`
17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
`
18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
`
19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
`
20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
`
21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
`
22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
`
23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
`
24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
`
25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
`
26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.
`
27. Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.
`
28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
`
29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
`
30. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.
`
31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
`
32. Basuhkan kereta yang dipakainya.
`
33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima’ jika itu yang dia suka.
`
34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
`
35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.
`
36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima’.
`
37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
`
38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
`
39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
`
40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
`
41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
`
42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
`
43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
`
44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
`
45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
`
46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
`
47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
`
48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
`
49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
`
50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
`
51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
`
52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
`
53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
`
54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
`
55. Solat bersama dan berdoa bersama.
`
56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
`
57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
`
58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
`
59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
`
60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
`
61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
`
62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
`
63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.
`
64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan ‘Betul kata awak’. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
`
65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
`
66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
`
67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
`
68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
`
69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
`
70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
`
71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
`
72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
`
73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
`
74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
`
75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
`
76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

20 Perkara Perempuan Tidak Suka


1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
`
2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macam mana tu?
`
3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
`
4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan danjanganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah.Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
`
5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita jugadan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
`
6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita.Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
`
7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
`
8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
`
9. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidaksalah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
`
10. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem.Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi,mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!
`
11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
`
12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
`
13. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelakispedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
`
14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerjadan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
`
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata.Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang samaberulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
`
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan.Buat apa terkejar-kejar?
`
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepakat tak pun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah,jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih,mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
`
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
`
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!Jujurlah pada pasangan anda.
`
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot!Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

8 TANDA DIA ADALAH JODOH KAMU


Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
`
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!
`
Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…
`
Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.
`
Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…
`
Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..
`
Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!
`
Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

8 Alasan Tolak Cinta Bestfriend

1. Tidak sesuai bercinta

Didalam apa sahaja perkara, beterus terang adalah satu cara penyelesaian terbaik. jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, kamu perlu berterus terang kepadanya bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya. kamu hanya menganggap dia adalah sahabat karib kamu dunia dan akhirat. Untuk menolak kena ada caranya, jangan sehingga dia rasa terhina kamu menolak cintanya. sampai dengan cara baik serta ayat yang tersusun rapi agar dia faham maksud kamu sebenarnnya.
`
2. Tidak mampu menghormatinya sebagai kekasih


Kamu juga boleh terangkan padanya sebab utama kamu tidak mungkin dapat bersamanya. Antara alasan yang boleh kamu gunakan ialah menyatakan kepada sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mengikut kehendak, arahan dan permintaannya. Malah menghormatinya sebagai kekasih juga pastinya sukar buat diri kamu. Ini kerana persahabatan yang telah lama terjalin membuatkan antara kamu dan dia tidak jurang ketika berbual serta bergurau. jadi daripada bergaduh di kemudian hari, lebih baik kamu dan dia kekal sebagai sahabat. kampu perlu yakinkannya kamu sememangnya tidak sesuai untuknya.
`
3. Tidak mampu berubah


Mungkin dia telah begitu mengenali kamu dan amat memahami sikap-sikap kamu. jadi kamu tudak perlu lagi berpura-pura berlakon untuk menjaga hatinya. Tunjukkan sahaja sikap sebenar kamu. Katakan padanya kamu tidak mungkin boleh berubah walaupun setelah bergelar kekasihnya, sanggupkah dia menerima kamu seperti diri kamu sekarang? kalau dia sanggup bagaimana pula dengan keluarganya. pastinya dia akan terfikir kamu tidak sesuai untuk dijadikan kekasih. dia pastinya akan memilih seorang yang bersopan santun dan tahu menghormatinya sebagai kekasih.
`
4. Buat tidak peduli


Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerena ketika bersahabat pun kamu tidak peduli dengan kehadirannya dalam hidup kamu. teruskan sikap tidak pedulu kamu tersebut. Berkawan seperti biasa anggap saha dia tidak pernah meluahkan apa-apa perasaan pada kamu. Andainya dia cuba untuk mendapatkan jawapan dari kamu sebaiknya kamu cuma mengelakkan daripada membincangkannya. cubalah ubah topik perbualan. lama-kelamaan secara tidak langsung pasti dia akn memahami jawapan yang ingin kamu sampaikan padanya
`
5. Menyepikan diri seketika


Cuba mengelakkan diri kamu daripa bertembung dengannya di tempat kerja, di sekolah atau tempat kamu dan rakan kamu berkumpul. pastinya dia akan perasan bahawa kamu tidak berminat untuk berkawan dengannya lagi. Jika dia tetap mendesak kamu dan sanggup mengekori ke mana-mana sahaja kamu pergi, terangkan saha padanya kamu perlu bersendirian untuk seketika. lama kelamaan si dia akan bisa menanti jawapan dari mu
`
6. Pentingkan persahabatan


Jelaskan padanya kamu lebih sayangkan ikatan persahabatan kamu daripada menjadi kekasihnya kerana hubungan kekasih pastinya memerlukan komitmen dan kesetiaan. Sedangkan sebagai sahabat, kamu boleh berkongsi apa sahaja dan tidak perlu ada komitmen yang tinggi dalam hubungan. Jika dia seorang yang rasional, pastinya dia akan memahami maksud yang mahu kamu sampaikan.
`
7. Beritahu kamu sudah ada calon lain


Nyatakan kepadanya bahawa kamu sudah mempunyaiu calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan dirimu. tetapi kamu haris berani menanggung risiko bakal kehilangan sahabat jika dia tidak dapat menerima perjelasan kamu. jika dia sahabat baik kamu, pasti dia akan turut sama mendoakan kebahagiaan kamu. Bukan berdendam semata-mata kamu menolak cintanya.
`
8. Tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya


Sesekali bertegas dengan sahabat baik kamu pasti akan membawa kebaikan. berani menegakkan perndirian adalah satu sifat yang terpuji. sekurang-kurangnya kemu tidak menipu dia atau diri kamu sendiri. ikut kata hati dan jangan termakan pujuk rayu si dia. katakan padanya kamu tidak akan sama sekali menganggapnya lebih dari seorang sahabat kerana kamu tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya.


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Architecture. Powered by Blogger