Wednesday, April 8, 2009

Si Dia Cinta Hatimu?


Percaya & jujur

Jika kamu dan si dia sudah saling jujur, percaya , tidak ada rahsia serta tidak pernah membohongi antara satu sama, ini sudah cukup membuktikan hubungan kamu berdua akan berjalan dengan baik. Bukan itu sahaja, kamu juga tidak pernah ada rasa curiganya dengannya sekalipun melibatkan hal yang besar-besar seperti si dia bertemu bekas kekasihnya kerana ada perkara yang mahu diselesaikan dan sebagainya.
`
Fun factor

Sekira wujudkan chemistry antara kamu berdua, si dia tidak perlu membuat lawak sepanjang masa untuk menggembirakan hati kamu ataupun membawa kamu ke sana ke mari untuk menghiburkan kamu. Hanya dengan berada di sisimu serta melakukan sebarang kerja bersama, itu sudah cukup buat kamu rasa amat bahagia.
`
Saling menghargai

Tidak akan ada orang yang sempurna, tetapi ciri yang wajib ada dalam diri seorang kekasih ialah tahu menghargai. Bermula dengan memberi pujian kecil terhadap penampilan kamu serta berterima kasih dengan hadiah kecilmu, sudah pasti mampu membuat kamu rasa dihagai. Harus juga diingat penghargaan yang kecil itu mampu membuatkan kamu dan si dia merasa bertuah kerana memiliki antara satu sama lain.
`
Selesa jadi diri sendiri


Saat si dia menyinggung perasaan kamu, adakah kamu berani untuk menyatakan ketegasan kamu tidak suka diperlakukan sedemikian? Sekiranya terus memendam perasaan, ternyata kamu dan si dia tidak ada sebarang chemistry. Seharusnya kamu dan si dia boleh menunjukkan perasaan marah serta sedih tanpa ada rasa malu dan takut. Barulah dikatakan ada keserasian dan chemistry.
`
Tanda sayang


Kebiasaannya lelaki malu untuk tunjukkan kasih sayangnya di hadapan umum. Jadi andainya si dia berani untuk tunjukkan kasih sayangnya pada kamu di hadapan orang lain, itu menandakan si dia benar-benar sayang pada kamu serta ada chemistry antara kamu berdua. Namun jangan ingat berpegangan tangan di hadapan orang itu sudah cukup menunjukkan dia sayang pada kamu. Lebih baik kamu melihatnya dari sudut yang lebih tersirat daripada yang tersurat misalnya kesanggupan si dia bersusah payah untuk membantu kamu walaupun pada hakikatnya si dia sebenarnya tidak mampu.
`
Masih ragu?

Sememangnya wajar andai kamu masih lagi ragu serta bingung membuat keputusan. Chemistry hanya satu panduan dan bukannya jawapan untuk kamu membuat keputusan. Masih ada beberapa perkara lagi yang perlu kamu perhatikan sebelum membuat pilihan yang tepat. Berikut adalah perkara penting yang perlu kamu nilai dan berikan jawapan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan:
`
1. Apakah kamu sudah benar-benar mengenalinya?

Sekiranya hubungan kamu dengan mereka baru berusia enam bulan, kamu sebaiknya tidak perlu memikirkan soal masa depan. Namakan juga masih dalam proses mengenali antara satu sama lain. Jadi gunakan sahaja jangka masa ini untuk mengenali kesemua mereka sedalam-dalamnya dan paling baik cuba mengenali seorang demi seorang dalam pelbagai situasi. Mulai dari pasukan bola sepak kegemarannya sehinggalah saat dia kehilangan kucing kesayangannya. Setelah melihat reaksi menangani pelbagai masalah dan situasi kamu mungkin akan mendapat jawapan siapa yang sesuai untuk kamu.
`
2. Si dia memenuhi cita rasa kamu atau tidak?

Cuba kamu ingat kembali bagaimana cirri-ciri bekas lelaki kamu dari yang pertama hingga ke yang terkini. Apakah mereka bervariasi lebih tua, lebih muda, kelakar, pendiam, peramah, dan sebagainya. Dari kajian ini kamu sebenarnya boleh mengenal pasti jenis lelaki yang serasi dengan kamu. Apakah banyak perbezaan mampu membuat hubungan lebih berwarna atau akan membawa kepada pertengkaran. Begitu juga sebaliknya apakah persamaan sifat dan hobi mampu menjadikan hubungan berjalan dengan lancar atau membosankan. Pengalaman cinta yang lalu boleh menjadi petunjuk tentang apa yang kamu inginkan untuk percintaan kamu kali ini.
`
3. Sudah bersedia untuk serius atau tidak?

Sememangnya 100% wajar sekiranya kamu berfikir untuk memiliki teman lelaki yang baik, bijak serta sempurna. Apa lagi apabila di sekeliling kamu punya banyak pilihan lelaki-lelaki yang tampan, bijak dan berjaya. Oleh itu, selagi kamu belum mengikat hubungan dengan pernikahan semua pilihan masih terbuka luas. Jadi jangan terburu-buru untuk memutuskan kamu ingin serius bercinta dengan sesiapapun apalagi kalau kamu masih lagi dalam proses berkenalan. Jangan kerana kamu tidak mahu di gelar tidak laku, kesunyian, desakkan keluarga atau desakkan lain-lain kamu cepat-cepat ambil keputusan untuk serius dengan seseorang. Kemudian apabila sampai satu tahap kamu mula bosan dan ingin memutuskan. Ambil sedikit masa untuk buat keputusan sebelum memutuskan untuk serius. Jika si dia memang orang yang tepat keputusan untuk serius pasti boleh di buat dengan lebih mudah tanpa menoleh pada yang lain.
`
4. Sayang @ sekadar balas dendam?

Jika sehingga ke hari ini kamu masih lagi menyimpan dendam pada bekas kekasih kamu kerana meninggalkan kamu ertinya kamu masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki sekalipun. Kamu sebenarnya sekadar mahu buktikan pada bekas kekasih kamu bahawa masih ramai lagi yang ingin mendekati kamu sebaik sahaja si dia meninggalkan kamu. Jadi jalan paling baik ialah kamu melambatkan sedikit ritma perhubungan kamu dengan cinta baru. Anggap semuanya adalah kawan dan sekiranya mereka benar-benar mencintai kamu pasti akan ada yang sanggup menanti jawapan dari kamu. Jadi kamu tidak perlu terburu-buru untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Bersihkan dahulu dendam di hati kemudian barulah kamu mampu membuat keputusan yang terbaik untuk diri kamu.
`
5. For better or worse?

Tidak semua yang kamu atur adalah sesuai dengan keinginan kamu. Ada kalanya kamu perlu akur dengan ketentuan yang telah di tetapkan untuk kamu. Jadi tanyakan pada diri kamu saat si dia mengalami masa-masa yang susah seperti di pecat atau mengidap penyakit yang berat apakah kamu masih mahu berada di sampingnya? Jika ya jawapan tersebut sudah terang lagi jelas orang tersebutlah adalah pasangan yang paling tepat buat kamu…
`
6. Keputusan untuk siapa?

Orang-orang di sekeliling pasti akan memberi pelbagai komen serta pendapat tentang insan-insan yang ingin bertakhta di hati kamu. Kamu mungkin boleh mendengarnya tetapi jangan terlalu memikirnya. Ini kerana bukan semua pendapat tersebut boleh dipakai. Kamu yang bakal menjalani perhubungan susah dan senang dengan bakal pasangan kamu. Jadi pastikan sebelum membuat keputusan kamu lakukannya kerana hati kamu dan bukannya kerana mahu menyenangkan hati orang lain. Bukan itu sahaja harus diingat juga sebelum kamu mencintai diri sendiri. Oleh itu, pastikan apa jua keputusan yang kamu buat adalah kerana kamu sayangkan diri kamu dan semuanya adalah untuk kebaikan diri.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Architecture. Powered by Blogger