Wednesday, April 8, 2009

6 Cara Layani Seks Mengejut Dari Pasangan

* Layani kehendaknya
Kata orang seks yang tidak dirancang ini kadang kala membawa bahagia dan pasti anda akan sentiasa tekenang-kenang. Seks seperti ini memang dilakukan dengan kadar cepat tetapi tidaklah terlalu terburu-buru. Jika suami anda pulang ketika awal pagi, mungkin dia hanya akan kembali ke pejabat selepas waktu tengah hari dan jika dia kembali selepas pukul dua, anda mempunyai lebih banyak masa berdua-duaan dengannya. Mungkin juga dia akan menyambung kembali hubungan intim itu di sebelah malam.

* Pastikan anda mandi terlebih dahulu
Biarpun kita tidak tahu apakah suami kita akan balik secara mengejut begini, pastikan diri anda sentiasa berada dalam keadaan bersih. Tidak salah mandi seawal pagi dan kemudian menguruskan sarapan untuknya. Pakailah pakaian yang agak seksi dan semburan minyak wangi di badan. Ini sebenarnya akan menaikkan rasa ghairah dia terhadap anda dan tidak mustahil dia akan balik secara mengejut dari pejabat untuk melakukan hubungan intim.

* Lakukan adegan ringan dahulu
Anda berdua boleh melakukan adegan yang ringan dahulu seperti mencium ubun kepala, leher ataupun telinga. Usapkan mesra seluruh badannya dan kemudian nikmati adegan seterusnya. Malah dengan pengucapan kata-kata manis juga mampu menaikkan rasa ghairah anda padanya. Jika dilakukan dengan hati ikhlas, pastinya seks secara mengejut begini akan meninggalkan suatu kenangan paling terindah dalam hidup anda.

* Sentiasa bersedia
Jika anda seorang isteri yang tidak bekerja, sentiasalah bersedia untuk menerima seks secara megejut begini. Anda perlu bersedia dari semua segi temasuklah keperluan untuk diri sendiri. Misalnya ketika itu anda sudah ada rancangan sendiri untuk keluar bertemu teman-teman atau melakukan urusan bank. Tinggalkan dulu sementara segala urusan berkenaan kerana melayani kehendak suami adalah lebih diutamakan. Lagipun anda mempunyai banyak masa berbanding dia yang hanya sekali sekala muncul di rumah tatkala orang lain sibuk di pejabat.

* Pastikan hanya anda berdua sahaja di rumah
Anda juga perlu pastikan hanya anda dan suami sahaja yang berada di rumah ketika itu. Jika ada anak, pastikan dia dihantar ke sekolah atau tinggalkan di rumah emak atau penjaga lain. Ataupun pastikan anak anda tidur dahulu sebelum melakukan seks mengejut ini. Layarilah dan kecapilah masa-masa singkat ini dengan penuh rasa nikmat tanpa rasa ia membebankan.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Architecture. Powered by Blogger