Wednesday, April 8, 2009

7 Cara Bantu Isteri Ghairah

* Cari filem romantis
Luangkan masa menonton cakera padat berunsur filem romantis untuk tontonan anda berdua. Sama ada filem Melayu atau Inggeris, itu terserah kepada anda. Apa yang penting dapat menghayati cerita romantis yang pastinya memaparkan aksi menarik.

* Tunggu malam minggu
Acara romantis mungkin lebih sesuai dilakukan malam minggu kerana acaranya boleh dilakukan hingga lewat malam dan keesokannya anda tidak perlu bersusah payah bangun awal pagi untuk pergi bekerja.

* Rapatkan diri
Sebaik malam minggu yang ditunggu tiba maka mulakanlah langkah ini. Setelah makan malam, anak-anak sudah tidur dan anda berdua sedang relak, pasangkan cakera padat filem romantis. Kalau isteri duduk berjauhan, rapati dirinya secara perlahan-lahan.

* Urut bahu isteri
Ketika anda menonton cakera padat atau televisyen. urutlah bahu dan leher isteri. Jika anda tidak pernah melakukannya, isteri mungkin hairan tapi si dia pasti tidak akan menolak ajakan secara halus.

* Pinta isteri baring di pangkuan
Pinta isteri baring di pangkuan anda, dalam pada itu belailah rambut dan tubuhnya. Jangan lakukan secara tergesa-gesa sebaliknya secara perlahan-lahan dan lembut, sambil anda menikmati filem romantis yang sedang ditayangkan.

* Tiru adegan romantis
Jika anda menonton adegan filem Inggeris perhatikan adegan romantisnya. Tidak salah jika anda mengikutnya. Ketika hero dan heroin sedang berkucupan, lakukan perkara yang sama kepada isteri anda. Pastinya si dia tidak akan melupakan detik indah itu.

* Tatap mata isteri

Saat berbaring itu tataplah mata isteri anda, sambil memberikannya senyuman paling menawan. Tetapi jangan hentikan adegan romantis anda di sini saja. Teruskan dengan sentuhan dan belaian kerana isteri sedang menikmatinya. Sebaik filem yang ditayangkan berakhir tariklah isteri ke kamar tidur dan untuk adegan seterusnya terserahlah kepada anda untuk menentukannya.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Architecture. Powered by Blogger