Wednesday, April 8, 2009

7 Cara Buat Suami Rasa Bahagia

1. Apa salahnya setiap kali suami melangkah keluar rumah untuk ke tempat kerja atau ke mana-mana, cium tangan dan pipinya. Lebih manis jika anda boleh mengucupi bibirnya tanda anda begitu menyayangi dirinya. Jika anda seorang suri rumah dan tidak bekerja, bangun seawal pagi menyiapkan sarapan untuk suami terlebih dahulu.

2. Walaupun anda sibuk menjalankan tugas di rumah atau di tempat kerja, apa kata anda menelefonnya seketika. Cukuplah sekadar bertanya khabar ataupun mengucapkan perkataan saying atau I love you padanya. Pasti suami merasakan dirinya diberi sepenuh perhatian dan mengambil berat mengenainya.

3. Anda juga digalakkan mengucapkan selalu perkataan sayang, I love you, honey, manja, darling atau apa sahaja perkataan romantis pada suami tersayang. Biasakan perkataan itu diucapkan di bibir anda dan jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kasar yang boleh menyinggung perasaannya.

4. Apa kata anda buat kejutan dengan muncul di pejabatnya secara tiba-tiba dan menggajaknya makan tengah hari di luar. Jika tidakpun, carilah peluang untuk anda berdua menikmati makan tengah hari atau malam berdua tanpa ditemani anak-anak. Anda boleh berbicara hati ke hati bersama dia dan nikmati waktu makan dengan perasaan seronok dan gembira. Tidak salah juga jika anda berdua menonton wayang filem kegemaran masing-masing. Bukan sahaja menambahkan perasaan sayang, malah mewujudkan kemesraan bepanjangan.


5. Anda juga boleh amalkan sikap menjadi pendengar setia padanya. Jika dia pulang dalam keadaan marah, tarik tangannya dan buatkan secawan air sejuk. Sambil anda mengurut bahunya dengan lembut, suruhnya dia bercerita apa masalah yang dihadapi di pejabat atau persekitaran lain. Kemudian anda main peranan dengan menasihati apa yang perlu dan mungkin pandangan serta sokongan anda mampu meredakan kekusutan yang dialaminya.

6. Sentiasalah mengucapkan perkataan maaf jika anda ada menyinggung perasaannya. Biar tinggi mana sekalipun jawatan yang dipegang, suami tetap berada di tempat yang paling teratas. Jika anda ada melakukan kesalahan, cepat-cepatlah memohon maaf supaya hatinya segera sejuk dan reda kemarahannya. Jangan biarkan ia berlarutan walau untuk satu jam sekalipun ataupun berhari-hari lamanya.

7. Jangan sesekali anda berpisah tempat tidur dengan suami biarpun sudah mempunyai anak ramai atau usia sudah meningkat. Biarpun anda mempunyai anak kecil sekalipun, tidurkan dulu dan kemudian bangun untuk tidur bersamanya. Apabila anda tidur bersama suami, dia akan merasakan kehadiran anda di sisi sambut ikhlas melayani kerenahnya sepanjang malam.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Architecture. Powered by Blogger