Wednesday, April 8, 2009

6 Cara Capai Kepuasan

1. Buang rasa malu
Hilangkan rasa malu atau segan anda pada pasangan dalam hal seks. Jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada suami titik atau bahagian mana yang harus anda rangsang pada tubuhnya. Demikian juga bagi diri anda, jelaskan tanpa malu kepada suami bahagian tubuh mana yang mampu mendatangkan rasa ghairah.
Selain itu katakan dengan jujur, tindakan pasangan yang tidak anda sukai atau anda sukai ketika melakukan hubungan seks. Jangan rasa takut untuk berkata benar kerana ini adalah untuk kepentingan hubungan anda dan pasangan.

2. Posisi seks baru
Ajak pasangan bereksperimen dengan melakukan teknik atau posisi seks yang jarang atau tidak pernah anda lakukan sebelum ini. Antaranya seperti aksi pemanasan yang unik dan sebagainya. Paling penting hindari kegiatan rutin seks yang biasa anda lakukan dengannya. Ia bagi mengelakkan rasa bosan terhadap aktiviti seks.

3. Nikmati setiap sentuhannya
Salah satu sebab mengapa kaum wanita sukar mencapai kepuasan seksual adalah kerana kurangnya tumpuan mereka terhadap rangsangan yang diberikan oleh suami. Atau dengan kata lain ketika berhubungan, fikiran mereka tidak fokus sebaliknya menerawang kepada perkara lain yang mengganggu hubungan seks. Seeloknya, ketepikanlah setika masalah yang anda hadapi ketika bersama dengan suami. Nikmati setiap sentuhan suami terhadap tubuh anda.

4. Komunikasi dua hala
Komunikasi yang baik antara anda dan pasangan amat penting sekali untuk mendapatkan perhubungan yang harmonis dan ia termasuklah dalam aspek perhubungan seks itu sendiri. Sentiasa berkomunikasi agar mampu mewujudkan hubungan yang lebih mesra dan intim.

5. Capai orgasme lebih dulu dari pasangan
Jangan tunggu suami mencapai orgasme sebaliknya andalah yang harus meraihnya terlebih dulu. Sekiranya suami mencapai orgasme lebih awal, maka hubungan seksual akan terhenti. Lakukan juga teknik yang boleh melambatkan ejakulasi suami.

6. Hadirkan aktiviti seks tanpa rasa negatif
Salah satu punca wanita gagal meraih kepuasan seksual ketika hubungan intim adalah disebabkan rasa amarah yang ada dalam diri. Rasa kecewa, marah, sakit hati dan sebagainya harus dibuang terlebih dahulu sebelum melakukan seks. Berdasarkan satu kajian wanita tidak berjaya mencapai orgasme jika di dalam hati mempunyai rasa marah terhadap suami.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Architecture. Powered by Blogger