1. Berikan kucupan selamat pagi.
Hubungan anda dan pasangan boleh menjadi sumber energi untyk melewati hari-hari dalam kehidupan. Mulakan hari dengan perkara-perkara yang menyenangkan hati pasangan. Antaranya adalah dengan memberi kucupan selamat pagi buat pasangan. Selalunya setiap pagi anda mungkin terjaga kerana dikejutkan oleh deringan jam loceng hingga membuatkan anda bangkit dalam keadaan tergesa-gesa.
Ingatkan kembali bagaimana suasana pagi di bulan madu. Ambillah masa sejenak untuk bermanja di tempat tidur. Jika pasangan masih belum terjaga, kejutkanlah dirinya dengan ciuman lembut anda. Cara ini pasti membantu anda dan pasangan memulai hari dengan hati yang penuh ceria dan berbunga.
`
2. Jangan ucapkan kekesalan
Jika anda terlalu tertekan, sebelum masuk ke dalam kediaman tariklah nafas panjang dan tahan selama dua minit sebelum melepaskannya. Dapatkan pasangan dan berikannya pelukan yang hangat. Ini juga adalah cara yang paling ampuh untuk meredakan kekusutan fikiran. Setelah seharian melalui hari yang memenatkan di tempat kerja tiada yang lebih menyenangkan selain ditemani orang tersayang.
`
3. Lakukan perkara yang menyenang pasangan
Apa yang membuatkan pasangan anda berasa senang? Dihidangkan secawan teh di waktu pagi ataupun urutan lembut di bahunya selepas pulang dari kerja. Lakukan perkara-perkara kecil seperti ini buat pasangan kerana ia mampu memperindahkan hari-harinya.
`
4. Luangkan waktu
`
5. Selesaikan setiap hari
`
6. Belajar berkompromi
`
7. Sediakan waktu untuk makan malam
Hari-hari memang cepat berlalu dan kerana kesibukan bekerja sering kali anda dan pasangan lupa untuk menikmati waktu bersama. Oleh itu usahakan untuk menyediakan waktu untuk anda berdua. Antaranya dengan menetapkan hari untuk makan malam bersama.
Sama ada makan malam di rumah atau di restoran kegemaran, gunakan masa bersama ini sepenuhnya. Berceritalah tentang apa saja yang anda lalui sepanjang minggu atau hari kepada pasangan. Jika anda perlukan pandangannya dalam sesuatu perkara inilah jua masa untuk meluahkan.
`
8. Ceritakan sejujur-jujurnya
`
9. Sediakan waktu untuk seks
Pengerat hubungan suami isteri sudah tentunya adalah hubungan seks. Akan tetapi ramai yang terjebak dengan kehidupan seks yang hambar setelah usia perkahwinan bertambah. Masing-masing mula terasa bosan ataupun malas melakukannya.
Sebenarnya ini semua tidak akan terjadi jika anda berdua kreatif dan berimaginasi untuk menyegarkan hubungan intim. Jangan jadikan kepenatan sebagai alasan untuk mengelakkan diri dari bermesraan dengan suami. Sentiasalah bertukar teknik dan lokasi bercinta agar ia tidak menjadi sesuatu yang membosankan.
0 comments:
Post a Comment