Wednesday, April 8, 2009

Lima Sebab Pasangan Merajuk


Dalam melayari kehidupan sebagai suami isteri, kita tidak perasan ada kalanya perkara yang dilakukan boleh menyebabkan pasangan tidak puas hati atau pun merajuk. Jika masalah merajuk ini berlarutan pastinya akan mengurangkan rasa kasih sayang yang telah disemai sekian lama.
`
Malah jika kita tidak mengatasinya dengan bijak, hubungan yang sedia ada boleh berantakan. Selalunya dalam kes merajuk ini dialami oleh golongan isteri sahaja. Bagaimanapun lelaki juga tidak terkecuali kerana mereka ini mempunyai ego tersendiri. Anda sebenarnya perlu mengenali beberapa perkara yang membuatkan pasangan merajuk dan cara mengatasinya.

Perkara yang sering membuatkan pasangan merajuk;
`
Tidak melayan keinginan seks

Kebanyakan lelaki akan bersiakap merajuk jika keinginan seksnya tidak dipenuhi. Bagi mereka seks adalah salah satu keperluan penting dalam hidup. Anda akan tahu dia merajuk apabila keesokan harinya suami bersikap acuh tidak acuh dengan anda.
`
Bold Melupai hari-hari istimewa

Ada juga pasangan yang begitu menitikberatkan tarikh penting dan istimewa dalam kehidupan mereka. Misalnya ulang tahun kelahiran, ulang tahun perkahwinan ataupun hari jadi anak. Mereka bukannya mahu hadiah sebaliknya cukuplah sekadar ucapan dari tersayang.
`
Tidak memenuhi hajatnya

Mungkin isteri ada menginginkan sesuatu barangan yang dilihat. Misalnya gelang atau rantai tangan, perabut baru ataupun langsir yang mahu ditukar. Jika anda tidak memenuhi impiannya, pasti, dia akan merajuk dengan tidak menyiapkan keperluan anda seharian.
`
Sentiasa memuji orang lain
Ada juga pasangan yang merajuk hanya disebabkan anda asyik memuji orang lain yang lebih cantik dan hebat daripadanya. Dirinya tidak boleh lebih dari orang lain dan mahu anda sentiasa memuji dirinya.
`
Tidak ringan tulang membantunya di rumah

Isteri kadang kala penat menguruskan kerja seharian. Dan anda pula bersikap acuh tidak acuh menolongnya di rumah. Keadaan ini akan menyebabkan isteri letih dan seterusnya membawa kepada sikap merajuk.

Cara untuk mengatasi:
`
Belikan hadiah

Salah satu cara untuk memujuk pasangan yang merajuk adalah membuat kejutan dengan membelikannya hadiah secara tiba-tiba. Misalnya menghantar bunga atau coklat di pejabat tanda anda minta maaf atas kesilapan yang dilakukan. Ataupun menghadiahkan set barangan kemas yang disukai. Pastinya si dia akan cair melihat jambangan bunga atau hadiah lain yang diberikan.
`
Membawanya makan di luar

Luangkan masa bersamanya dengan mengajak si dia makan di luar tanpa ditemani anak-anak. Pada ketika inilah anda mengambil kesempatan meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan dan berjanji tidak mengulanginya lagi. Pastikan anda membuat tempahan di tempat yang eksklusif tanda anda kasih dan cinta padanya.
`
Menelefon sambil memberi kata-kata manis

Kata-kata juga sebenarnya mampu mencairkan hati yang sedang merajuk. Apa kata anda menelefon pasangan anda yang merajuk sambil memberi ucapan yang berbaur ghairah dan romantic. Pasangan anda pastinya akan hilang rasa marah sebaliknya tidak sabar untuk memeluk anda.
`
Berani berterus terang

Perkara paling disenangi pasangan adalah apabila anda boleh berterus terang dalam apa juga perkara. Misalnya terangkan kenapa anda pulang lewat ataupun terlupa memberi ucapan tentang hari-hari istimewa. Jika anda berlaku jujur, pastinya pasangan memahami apa sebenarnya yang berlaku.
`
Ringankan tulang membantunya di rumah

Apa salahnya anda suami isteri saling bantu membantu dalam meringankan beban kerja di rumah. Tidak salah jika si isteri memasak, suami pula menolong membasuh alatan memasak yang lain. Bukan sahaja mampu meringankan beban kerja tetapi juga mampu menambah kasih sayang antara anda berdua.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Architecture. Powered by Blogger