Wednesday, April 8, 2009

Awas! Wanita Mampu Kesan Lelaki Menipu

1. Wanita sukar untuk ditipu kerana mereka adalah pengesan radar bergerak. Otak wanita mempunyai keupayaan untuk menyatukan kata-kata dengan mentafsir bahasa badan. Jadi wanita boleh merasai andai lelaki tidak jujur dan berbohong.

2. Setiap kali berdepan dengan masalah, wanita memerlukan seseorang untuk meluahkan tekanan. Mendengar sudah memadai bagi mereka dan di sinilah lelaki sepatutnya memainkan peranan.

3. Bukan semua wanita materialistic dalam perhubungan. Mereka tidak akan meninggalkan lelaki semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan apa yang telah diberi. Lelaki harus lebih peka akan emosi dan perasaan wanita kerana ia perlu dipenuhi.

4. Dalam sehari, wanita menggunakan 20 ribu patah perkataan dalam komunikasi. Jadi lelaki seharusnya faham mengapa wanita boleh bercakap tanpa henti dan boleh berbincang tentang apa saja.

5. Kulit wanita lebih nipis daripada lelaki. Jadi usah ditanya mengapa kulit wanita lebih cepat berkedut apabila semakin dimamah usia. Namun ia bukanlah alasan untuk lelaki mencari wanita lain yang berkulit lebih licin.

6. Wanita mempunyai sense of direction yang kuat. Ia membantu mereka mengingati dan mencari barang dengan mudah. Lelaki ada kalanya sukar mencari stoking sendiri. Itulah antara sebab mengapa wanita mampu menjadi suri rumah terbaik.

7. Tumpuan wanita di pejabat mudah goyah andai berdepan dengan masalah cinta. Sebaliknya lelaki tidak dapat memberi maklum balas terhadap cinta jika ada tugasan di pejabat yang menggangu fikiran. Jadi lelaki, bahagiakanlah wanita.

8. Otak wanita direncanakan dengan hebat sekali. Mereka dapat melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa. Contohnya mereka menonton TV, memasak dan menelefon dalam masa yang sama. Kehebatan mereka ini sukar ditandangi.

9. Mahu atau tidak, lelaki terpaksa mengakui wanita lebih bijak daripada mereka. Meskipun saiz otak wanita lebih kecil namun menurut kajian, kebijaksanaan mereka melebihi lelaki. Itulah sebabnya jumlah pelajar wanita lebih ramai di universiti.
Tidak sukar sebenarnya untuk mendengar wanita meluahkan isi hati mereka. Berbanding lelaki yang lebih suka menulis, wanita lebih mudah meluahkan perasaan mereka melalui kata-kata. Bagi mereka cara itu lebih jelas dan meninggalkan kesan mendalam.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Architecture. Powered by Blogger